SABAK BERNAM 7 Mac – Orang ramai dijemput menyertai acara Larian Desa 2019 anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Stadium Sungai Besar Sabak Bernam Selangor pada 29 Jun ini. MDSB menerusi laman web rasminya berkata, program bertemakan Desa Indah dan Mampan Sabak Bernam itu mengetengahkan keunikan tersendiri yang mana peserta bakal mengalami suasana larian berlatarkan panorama kampung dan sawah bendang. Katanya, terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu 13 kilometer (km)…










