Larang lori lalui Jalan KL-Ipoh - Utusan Malaysia

Larang lori lalui Jalan KL-Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PADA
28 Februari lalu berlaku kesesakan teruk di Bandar Baru Selayang dan melarat sehingga Bulatan Batu Caves, Selangor bermula pukul 3.10 petang hingga ke malam.

Semuanya berpunca kerana kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 16, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di susur masuk ke Taman Amansiara.

Kesesakan itu bukan kali pertama berlaku, kerana lori sering mengalami kerosakan di laluan berbukit berkenaan sehingga menyebabkan jalan raya dua lorong hanya boleh digunakan satu lorong sahaja.

Oleh itu, saya mencadangkan kenderaan berat dilarang menggunakan laluan itu sebaliknya perlu melalui lebuh raya.

PEMANDU VIVA

Rawang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN