Laluan Azizulhasni Olimpik 2020 cerah - Utusan Malaysia

Laluan Azizulhasni Olimpik 2020 cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang berada di landasan tepat untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo selepas berada pada ranking No. 2 dunia dalam acara keirin.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berada di kedudukan tersebut selepas senarai ranking dunia dikemas kini Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) hari ini.

Tempat pertama dihuni Yudai Nitta dari Jepun dengan pungutan 2,610 mata, diikuti Azizulhasni (2,485) di tangga kedua, manakala seorang lagi pelumba Jepun, Yuta Wakimoto menghuni kedudukan ketiga (2,467.5).

Memuatkan artikel berkaitan…

Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman memungut 450 mata selepas bersaing dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Poland, awal bulan ini.

Hanya tujuh negara terbaik akan layak ke Olimpik Tokyo.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini