Laku aksi lagak ngeri pada tram bergerak - Utusan Malaysia

Laku aksi lagak ngeri pada tram bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Mac– Seorang kanak-kanak mencetuskan situasi cemas apabila dirakam cuba melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut pada sebuah tram yang sedang bergerak di Manchester, kelmarin.

Lapor Metro.co.uk, aksi berbahaya berkenaan dirakam­ oleh penumpang di stesen Barlow Moor Rood di Chorlton, kelmarin.

Kanak-kanak tersebut yang dikatakan berusia 11 tahun, kemudiannya dilihat melompat turun ke atas landasan tram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang penumpang, Clare McGuire dari Stretford berkata, dia amat terkejut melihat apa yang berlaku.

Menurut McGuire, kanak-kanak tersebut bersama dua orang rakannya kemudiannya diarahkan turun dari tram ber­kenaan oleh seorang warga emas.

“Kesemua budak itu berada dalam tram berkenaan sebelum mereka keluar di sebuah stesen. Salah seorang daripada mereka memanjat bahagian belakang tram.

“Bayangkan sekiranya tram itu membrek, ia sangat berbahaya. Sekiranya sesuatu berlaku, ia akan memberi kesan kepada pemandu dan keluarga mereka,” kata McGuire.

Ketua Metrolink Pengangkutan untuk Greater Manchester (TfGM), Danny Vaughan menggesa orang ramai agar berhati-hati dan tidak melakukan perkara yang membahayakan nyawa sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini