Laksanakan tender terbuka - Utusan Malaysia

Laksanakan tender terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Penjualan aset bangunan Malaysia di Hong Kong yang kini melalui proses tender terbuka antarabangsa dengan harga rizab RM1.6 bilion dijangka mene­rima bidaan lebih tinggi, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Sudah tentu rakyat menanti penjelasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang keputusan pentadbiran terdahulu menjual tanah dan bangunan Malaysia itu secara rundingan terus dan bukan tender terbuka,” katanya di sini hari ini.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Dalam kenyataan itu, Guan Eng berkata, Najib masih menegakkan benang basah dengan mempersalahkan kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang menjual aset bangunan Malaysia di Hong Kong sungguhpun pentadbiran beliau memutuskan untuk menjual aset tersebut secara rundingan terus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, tindakan yang dibuat kerajaan BN itu meru­gikan negara apabila harga rundingan terus yang ditawarkan sebelum 9 Mei 2018 adalah sebanyak RM1.1 bilion dan apabila kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan melaksanakan tender terbuka, tawaran pembeli­an setinggi RM1.6 bilion diterima.

“Rakyat Malaysia hilang sekurang-kurangnya RM500 juta jika dilakukan secara rundingan terus ala BN, sekiranya kerajaan BN tidak digantikan Pakatan Harapan yang melakukannya secara tender terbuka.

“Beliau (Najib) enggan menjawab soalan saya sebaliknya menuntut saya menjawab tuduhan tidak berasas berkaitan isu-isu lain terdahulu,” katanya.

Guan Eng juga mendakwa projek terowong dasar laut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bermasalah kerana ia dibuat secara tender terbuka.

Menurutnya, pertikaian yang dibuat Ketua Penerangan Pas, Nasaruddin Hassan Tantawi mengenai projek tersebut telah pun ditarik balik pada 2016.

“Beliau telah pun menyuarakan perasaan kesal dan diperin­tah oleh mahkamah untuk membayar saya RM10,000 sebagai penyelesaian saman fitnah saya terhadap beliau,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini