Kursus ternakan ayam kampung - Utusan Malaysia

Kursus ternakan ayam kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Orang ramai khususnya belia dipelawa menyertai Latihan Ternakan Ayam Kampung Komersial Siri 159 di Ladang Nuralis pada 9 dan 10 Mac ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kursus anjuran Nuralis Agro Sdn. Bhd bertujuan membimbing belia dalam industri ternakan ayam kampung di negara ini dengan sistem ternakan yang mudah, murah dan berkesan.

Dalam satu status yang dikongsikan di laman Facebook, peserta akan diperkenalkan dengan kursus tiga dalam satu seperti kursus ternakan ayam kampung, latihan memproses dan rahsia pemasaran ayam kampung.

Kursus yang dihadkan kepada 20 peserta ini turut menyediakan penginapan, keahlian persatuan Nuralis, bimbingan ternakan secara dalam talian dan kertas kerja permohonan geran yang diberi secara percuma.

Maklumat lanjut, boleh menghubungi Lita Nuralis di talian 019-210 3769 atau 019-219 3838 atau 03-8922 0999. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN