PULAU ST. HELENA – Seekor kura-kura diiktiraf sebagai hidupan darat paling tua di dunia oleh Guinness World Record apabila usianya mencecah 187 tahun pada tahun ini. Menurut portal guinnessworldrecords.com, kura-kura jenis Aldabran jantan bernama Jonathan yang berasal dari Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi itu dilahirkan pada tahun 1832, lima tahun sebelum pertabalan Ratu Victoria dan dibawa ke Pulau St. Helena di Lautan Atlantik pada tahun 1882. Pemeriksaan lanjut ke atas cangkerang Jonathan mendapati ia adalah subspesies yang dipercayai hampir pupus. Terdapat kira-kira 80 ekor kura-kura Aldabran di seluruh dunia, menurut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya