KUALA LUMPUR 20 Mac – Orang ramai dipelawa menyertai Sidang Usul Warisan Melayu Mustafawi di Al-Isyraq Nusantara, Seksyen 4, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Ahad ini.
Program anjuran Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (Kemudi) berkenaan akan dihadiri tokoh pengkaji dan penulis sejarah ketamadunan dan peradaban alam Melayu tersohor, Ustaz Hasanuddin Yusof untuk mengupas karya Miftahul Melayu.
Juga terdapat sesi kupasan bersama Tun Suzana Tun Othman bagi buku bertajuk Khalifah, Raja dan Peradaban II.
Program ini dibuka kepada semua dan masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Fatimah di talian 013-332 6836 atau Khadijah 019-229 7053 atau laman web www.pertubuhankemudi.com atau laman media Facebook dan Instagram @kemudiresmi. – UTUSAN ONLINE











