KUALA LUMPUR 29 Mac – Kualiti aset sistem perbankan tempatan kekal kukuh pada Februari 2019 berikutan pinjaman terjejas kasar keseluruhan meningkat sedikit disebabkan beberapa peminjam korporat yang bermasalah. Bagaimanapun, nisbah pinjaman terjejas bank-bank stabil pada 0.9 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan Sorotan Bulanan-Februari 2019. “Bank-bank terus mengekalkan penampan yang mencukupi terhadap kemungkinan kerugian kredit dengan nisbah jumlah peruntukan kepada jumlah pinjaman mampan pada 1.4 peratus,” katanya. Sementara itu, inflasi keseluruhan mencatatkan angka negatif yang lebih kecil iaitu -0.4 peratus pada Februari berbanding -0.7 peratus pada Januari. Inflasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya