Kuala Lumpur menderita lagi - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur menderita lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kini hanya tinggal Kuala Lumpur belum pernah merasai nikmat kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini selepas tewas kepada PKNP FC 0-4 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.

PKNP FC bagaimanapun mengecapi kemenangan sulung musim ini selepas menumbangkan pasukan yang masih segar dengan pengunduran jurulatih Yusri Che Lah.

Keempat-empat jaringan PKNP FC dihasilkan oleh Yasir Pinto pada minit ketujuh, diikuti G. Mugenthiran (m-32) dan Giancarlo Lopes (m-62, m-90).

PKNP FC kini mengumpul empat mata untuk kedudukan ke-11 selepas tujuh saingan, manakala Kuala Lumpur terus dirundum malang dengan enam kekalahan berturut-turut dan berhutang satu perlawanan, sekali gus menduduki tempat tercorot.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×