Korea Utara berkemungkinan siapkan pelancaran ke angkasa atau misil - Utusan Malaysia

Korea Utara berkemungkinan siapkan pelancaran ke angkasa atau misil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 9 Mac – Korea Utara berkemungkinan menyiapkan bagi pelancaran misil atau ke angkasa berdasarkan analisis imej satelit fasiliti utama berdekatan Pyongyang baru-baru ini.

Menurut agensi berita Amerika Syarikat (AS), NPR, imej salah satu fasiliti Pyongyang, Sanumdong telah menghasilkan misil balistik antara benua dan roket angkasa diambil beberapa hari sebelum persidangan kedua Presiden Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Katanya, gambar oleh firma DigitalGlobe menunjukkan kehadiran kereta, kren dan trak di lokasi itu pada 22 Februari yang mana mempunyai akses eksklusif bagi imej berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Penyelidik Institut Middlebury bagi Pengajian Antarabangsa di Monterety, Jeffrey Lewis, apabila anda meletakkan kesemuanya bersama, ia jelas menunjukkan bahawa Korea Utara dalam proses membina roket. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini