KUALA LUMPUR 1 Mac – Pembinaan Kompleks Sukan SkyArena oleh SkyWorld Development Group berada di landasan betul untuk siap menjelang separuh kedua 2019. Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld, Datuk Ng Thien Phing berkata, kompleks sukan itu merupakan komponen terbesar di dalam pembangunan integrasi SkyArena di Setapak. Katanya, kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan SkyArena berjalan lancar dan akan mempertingkatkan kemudahan di kawasan itu. “Kompleks sukan pelbagai peringkat dan pelbagai kemudahan terbesar di Kuala…










