KUCHING 12 Mac – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) merancang untuk membina kompleks kargo yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Pengurus Kanan Lapangan Terbang Malaysia Airports Sdn. Bhd. (MAB), Jun Iskandar Murshidi berkata, tender bagi pihak perunding projek telah dilaksanakan dan perlantikan dijangka dibuat menjelang Julai. Selepas kajian awal dilakukan, MAB akan memanggil semua pihak yang berkepentingan untuk memberi input mengenai kemudahan yang perlu ada di kompleks tersebut.…










