KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghantar empat atlet menggalas cabaran negara menghadapi Kejohanan Olahraga Queensland di Australia yang akan bermula esok. Empat atlet tersebut ialah dua jagoan lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei, pemegang rekod lompat kijang Asia Tenggara dan kebangsaan, Muhammad Hakimi Ismail serta pelari yang berpangkalan di Australia, Russel Alexander Nasir Taib. Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim mengesahkan penyertaan empat atlet tersebut. “Saya berharap mereka dapat memberikan persembahan terbaik di sana supaya dapat melayakkan diri ke Doha pada 20 April ini,” katanya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya