SANDAKAN 7 Mac – Sebuah kilang kayu di Taman Anggerik, Jalan Lintas Sibuga di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kilang kayu berukuran 300 x 100 kaki persegi yang menyimpan stok kayu itu terbakar 100 peratus. Kebakaran itu turut memusnahkan empat lori manakala sebuah lagi lori dan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva hanya terkena bahang. “Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima…










