KIBARAN BENDERA… Setiap pagi pada hari bekerja, sekumpulan wanita Korea Utara bersama bendera merah berada di lokasi strategik sekitar Pyongyang mengibarkan bendera dan memukul gendang sehingga sejam. Kibaran berirama dengan lagu patriotik Korea Utara dimainkan dan memuji pemimpinnya, Kim Jong-un bertujuan bagi memberikan semangat kepada para pekerja negara itu untuk berusaha sebaiknya. – AFP










