Khazanah pertimbang tutup pejabat London - Utusan Malaysia

Khazanah pertimbang tutup pejabat London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Khazanah Nasional Bhd., dana kekayaan negara Malaysia mempertimbangkan untuk menutup pejabat di London bagi mengurangkan kos operasi susulan ketidaktentuan di United Kingdom yang mahu keluar dari Kesatuan Eropah.

Pengarah Urusan Khaza­nah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, kos asas operasi yang tinggi mungkin tidak seiring dengan rancangan kumpulan pada masa akan datang, jadi pihak kami mungkin menutup pejabat di London.

Katanya, keputusan itu tidak sepenuhnya di­sebabkan oleh Brexit se­mata-mata tetapi lebih kepada rancangan Khazanah sendiri pada masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Khazanah juga akan mengecilkan operasi di Turki kerana kami telah mula keluar daripada pelaburan sedia ada di sana justeru tidak memerlukan sebarang kehadiran yang besar,” katanya tanpa memberi penjelasan spesifik dalam temu bual dengan Bloomberg Television di sini hari ini.

Khazanah bercadang untuk mengurangkan aset tidak berprestasi berikutan kemerosotan dalam nilai bersih portfolio di tengah-tengah ekonomi global yang tidak menentu.

Drama Brexit mengeruhkan lagi keadaan dan hanya akan me­ngurangkan keyakinan dalam kalangan syarikat-syarikat Asia.

Ujar Shahril, Amerika Syarikat (AS) dan China kekal pen­ting kepada Khazanah kerana pihaknya mempunyai minat yang besar dalam teknologi maka pejabat di sana masih relevan.

“Meskipun Khazanah akan menumpukan kepada pertumbuhan asas aset Malaysia untuk jangka masa panjang, ia tidak mempunyai rancangan untuk menarik balik pelaburan di luar negara kerana Khazanah mahu meng­optimumkan pulangan terlaras risiko dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Jumlah pulangan Kha­zanah yang diwakili oleh pertumbuhan nilai bersih portfolio merosot 21.6 peratus pada 2018 kepada RM91 bilion. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini