Keyakinan perniagaan di Malaysia menurun 2.2% - Utusan Malaysia

Keyakinan perniagaan di Malaysia menurun 2.2%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Keyakinan perniagaan di Malaysia menurun pada suku pertama 2019 kepada 2.2 peratus selepas menunjukkan peningkatan 7.1 peratus pada suku keempat 2018, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sektor industri, pembinaan, perdagangan borong dan runcit menjangkakan situasi perniagaan mereka merosot pada suku pertama 2019 dengan petunjuk keyakinan masing-masing adalah -3.6 peratus, -18.9 peratus dan -8.2 peratus.

MOHD. UZIR
MOHD. UZIR

Menurut beliau, sektor perkhidmatan pula menjangkakan situasi perniagaan mereka mencatatkan pertumbuhan pada kadar sederhana dengan petunjuk keyakinan yang lebih kecil iaitu 5.9 peratus berban­ding 18.8 peratus yang dicatatkan pada suku keempat tahun lalu.

“Secara keseluruhan res­ponden menjangkakan hasil kasar meningkat pada suku pertama 2019 dengan imbangan bersih 11.8 peratus.

“Dari segi bilangan pekerja, trend pengambilan kekal positif pada suku pertama 2019 di mana imbangan bersih yang dicatatkan adalah 3.5 peratus. Sejumlah 8.5 peratus pertubuhan berhasrat untuk menambah tenaga kerja manakala lima peratus akan mengurangkan bilangan pekerja pada suku semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Uzir, jangkaan peniaga yang kurang optimistik pada separuh pertama 2019 dengan imbangan bersih keseluruhan mencatatkan 0.6 peratus berbanding 12.3 peratus yang direkodkan pada tinjauan sebelumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN