KUALA LUMPUR – Lima penjawat awam termasuk seorang Ketua Balai Polis didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung operasi rumah urut tahun lalu. Bagaimanapun, kesemua tertuduh iaitu Ketua Balai Polis Setapak, Asisten Superintendan Sherman Salleh, 42, Lans Koperal Faizal Miza Zakariah, 35, anggota bomba, Mohd. Fadzli Jamaludin, 48, serta dua penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairil Faezi Mohd. Aziz, 32, dan…










