Kereta buruk: MBSA tutup mata? - Utusan Malaysia

Kereta buruk: MBSA tutup mata?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA
tinggal di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor sejak 1999. Sejak beberapa tahun lalu, hampir sepuluh buah kereta buruk tersadai di sepanjang Jalan Hikmat 25/82, taman perumahan itu.

Jiran saya sudah membuat aduan secara dalam talian kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Oktober 2017, Februari 2018, Oktober 2018 dan Mac 2019.

Namun sehingga kini, kenderaan buruk masih tersadai sepanjang jalan dan MBSA ternyata seolah-olah menutup mata serta semacam berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jalan Hikmat 25/82 terletak berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda dan merupakan jalan utama bagi kebanyakan pelajar, pekerja dan penduduk. Kereta-kereta yang tersadai sejak beberapa tahun lalu menghalang laluan selain air hujan bertakung serta mungkin tempat nyamuk membiak.

Difahamkan kereta-kereta buruk ini diletakkan oleh seorang penduduk yang menjadikan rumahnya di Taman Sri Muda sebagai bengkel kereta secara haram. Entah apa sebenarnya ‘persefahaman’ antara pemilik bengkel haram itu dengan MBSA sehingga membuatkan bengkel haram itu boleh beroperasi secara terbuka. Sekiranya MBSA masih gagal bertindak, mungkin aduan perlu dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

PENDUDUK SRI MUDA

Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini