Kerajaan akan ambil inisiatif ringankan beban rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan akan ambil inisiatif ringankan beban rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk meringankan beban ekonomi rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Mohamed Azmin yang juga ahli Majlis Tindakan Ekonomi dalam kenyataannya hari ini berkata, majlis tersebut akan segera melaksanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuh pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

“Pakatan Harapan (PH) juga akan menggandakan usaha melaksanakan perubahan sehingga menjadi sumber kekuatan rakyat.

“Kita harus berani melaksanakan janji-janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan bumiputera yang merupakan bahagian integral agenda nasional dan kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bimbang terhadap kritikan luar,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih merupakan mesej jelas daripada rakyat yang menuntut kerajaan PH segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN