MADRID 27 Mac – Sergio Ramos menegaskan bahawa dia tidak terlibat dengan keputusan untuk mengambil semula Zinedine Zidane bagi membimbing Real Madrid.
Zidane dilantik semula oleh Madrid selepas berjaya membawa tiga kemenangan berturut-turut Liga Juara-Juara, musim lalu.
Jose Mourinho sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke ibu kota Sepanyol itu bagaimanapun, terdapat laporan menyatakan Ramos menjadi watak utama dalam membuat keputusan untuk membawa masuk semula Zidane bagi menggantikan Santiago Solari yang dipecat.
“Perubahan akan membawa situasi positif, kami ada saat-saat menarik bersama Zizou dan ia satu kegembiraan untuk membawa pulangnya.
“Kepulangannya menjadi berita gembira buat semua pemain, ia bukan keputusan yang sama buat meskipun ramai beranggapan begitu.
“Saya adalah kapten dan pendapat akan diberikan sekiranya diminta. Saya tidak pernah membuat keputusan besar seperti ini atau berhasrat untuk melakukannya,” katanya.-AGENSI











