Kempen Prabowo kecoh, 3 cedera - Utusan Malaysia

Kempen Prabowo kecoh, 3 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA 28 Feb. – Aktiviti kempen calon pilihan raya Presiden (Capres) Indonesia nombor 2, Prabowo Subianto di sini semalam dicemari dengan insiden kekecohan apabila ada pihak cuba memprovokasi penyokong pemimpin itu.

Detik News melaporkan, insiden itu berlaku di luar premis Grand Pacific Hall yang menjadi lokasi Prabowo menyampaikan ucapannya.

Insiden itu turut disahkan oleh jurucakap polis, Rizky Fer­diansyah yang dihubungi media.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, terdapat dua orang memprovokasi penyokong Pra­bowo dengan membawa kain rentang yang memaparkan imej capres nombor satu iaitu Joko Widodo dan gandingannya, Ma’ruf Amin.

Keadaan itu secara tidak langsung mencetuskan rusuhan dalam kalangan penyokong Prabowo sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan ke udara bagi meleraikan keadaan.

Sehubungan itu, polis masih melakukan siasatan bagi me­ngenal pasti suspek dan motif kejadian.

Dalam perkembangan ber­kaitan, insiden itu dilaporkan mengakibatkan tiga orang ce­dera terkena batu yang dibaling penunjuk perasaan dalam kejadian terbabit.

Anggota Gerakan Pemuda Kakbah (GPK) Khittah, Syukri Fadholi mendedahkan, dia antara individu yang cedera dalam insiden berkenaan.

Beliau meminta pasukan polis bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dan mengheret mereka ke muka pengadilan kerana se­ngaja mencetuskan kekecohan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN