Kembalikan keyakinan pelabur - Utusan Malaysia

Kembalikan keyakinan pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) akan diteruskan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, ia bagi memastikan pelabur asing melihat Malaysia sebagai satu negara yang mempunyai persekitaran perniagaan yang mesra.

“Kita nak beritahu kepada pelabur-pelabur kita tidak akan tutup kilang Lynas. Itu keputusan kerajaan untuk menarik lagi pelabur asing atau dalam negara untuk berkecimpung dalam pembuatan produk-produk seperti di Lynas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu penting. Ini akan beri satu signal yang jelas kepada pelabur-pelabur asing untuk datang ke sini dan saya mahu menyeru kepada pelabur asing supaya jangan gusar jangan khuatir kerana Malaysia baharu ini adalah satu kerajaan yang mempromosikan suasana perniagaan yang mesra,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pembangunan Usahawan Penggiat Seni di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini