Kemarau: Kelantan belum tahap kritikal - Utusan Malaysia

Kemarau: Kelantan belum tahap kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Mac – Kerajaan negeri mengarahkan setiap agensinya supaya mengenal pasti langkah terbaik bagi menghadapi ancaman kemarau berpanjangan di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, cuaca panas dan kering di negeri ini setakat ini masih terkawal manakala keadaan sumber air pula tidak sampai pada tahap kritikal.

Beliau berkata, selain setiap agensi melaksanakan langkah-langkah bersesuaian bagi menghadapi kemarau, pihaknya me­rancang untuk mengadakan solat istiqsa bagi memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita minta semua pihak berkenaan ambil perhatian dan laksanakan langkah-langkah perlu mengikut kepakaran masing-masing bagi membantu rakyat yang terjejas seperti petani. Setakat ini, laporan kita terima keadaan tidak kritikal.

“Cuma ada tempat air sudah surut. Kita sebenarnya masih ada sumber air bawah tanah, cuma proses untuk bawa keluar dalam jumlah banyak memakan masa,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Amar memberitahu, Kelantan setakat ini tidak mempunyai sungai yang dicemari sisa kimia toksik sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain.

Katanya, mengikut laporan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa, sungai di Kelantan bukan dalam kategori tercemar, sebaliknya hanya keruh disebabkan pelbagai faktor seperti hakisan tanah, aktiviti mengorek pasir serta kegiatan pertanian.

“Sebagai contoh, air sungai Kelantan keruh bermula dari hulu hingga ke kuala. Kita ambil perhatian perkara ini dan mendapati ‘cemar’ sungai kita sebenarnya lebih kepada keruh. Air masih selamat diminum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini