KUALA LUMPUR 8 Mac – Keputusan Mahkamah Koroner berhubung kematian model warga Belanda, Ivana Esther Robert Smit yang ditemukan maut dalam keadaan berbogel di balkoni sebuah unit kondominium dua tahun lalu menimbulkan pelbagai tanda tanya terutamanya berhubung siasatan pihak polis. Menurut keputusan Koroner Mahyon Talib, terdapat bukti ketara serta alasan yang boleh membangkitkan kecurigaan mengenai penjelasan yang diberikan pasangan Alex Johnson dan Luna Almazkyzy namun pegawai penyiasat masih tidak mengubah…










