SETIAP tahun hampir puluhan ribu barisan graduan di negara ini berjaya menamatkan pengajian mereka sama ada di institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam mahupun luar negara. Walaupun ada dalam kalangan mereka berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, namun majoriti daripadanya berusaha untuk mendapatkan pekerjaan agar dapat merancang masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang. Bagaimanapun, majoriti daripada graduan tersebut menghadapi pelbagai cabaran dan halangan kerana persaingan untuk mendapatkan…










