Kekal mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

Kekal mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan pe­ngakuan tidak bersalahnya atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. (SRC), lima tahun lalu.

Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memohon tarikh lain bagi pengurusan kes tersebut. Mahkamah kemudian menetapkan 17 April ini untuk sebutan semula kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 8 Februari lalu, Najib, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram de­ngan menerima wang RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta hasil aktiviti wang haram melalui tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Ahli Parlimen Pekan yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Nombor 55, Jalan Raja Chulan, di sini pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun.

Sementara itu, ketika prosi­ding di Mahkamah Tinggi berlainan, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes Najib yang didakwa tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC RM42 juta selepas Manoj memohon tarikh berkenaan ketika sebutan kes itu hari ini.

Pada tarikh berkenaan, pihaknya akan memaklumkan perkembangan empat rayuan Najib di Mahkamah Rayuan berhubung perintah menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu, penzahiran dokumen, pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwaan dan sijil pindah kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini