Kecergasan 3 tonggak resahkan Southgate - Utusan Malaysia

Kecergasan 3 tonggak resahkan Southgate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Mac – Pengurus England, Gareth Southgate akan membuat semakan kecergasan pada saat-saat akhir ke atas Jordan Henderson, Dele Alli dan Jadon Sancho sebelum aksi kelayakan Euro 2020 menentang Montenegro.

Kesemua tiga pemain mengalami kecederaan selepas Three Lions menang 5-0 ke atas Republik Czech di Stadium Wembley.

Henderson dijangka membuat penampilan ke-50 bersama England di Podgorica tetapi kapten Liverpool itu mungkin tidak diturunkan kepada berdepan masalah buku lali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Southgate mungkin mengekalkan pasukan sama yang menundukkan Republik Czech tetapi mempertimbangkan untuk membawa masuk beberapa muka baharu bagi mengelakkan isu kecergasan yang akan menjejaskan pasukan.

“Ada beberapa perkara perlu diperiksa. Jordan salah seorang. Saya mungkin akan buat pertukaran. Kecergasan pasukan sangat penting

“Perbezaan di beberapa posisi tidak begitu ketara, pemain yang lebih cergas akan berikan kelebihan. Saya mahukan keseimbangan dalam pasukan.

“Pemeriksaan juga akan dilakukan ke atas Dele, yang terlepas aksi kerana masalah hamstring.

“Henderson adalah masalah kecederaan semasa tiba di sini, Sancho ada kecederaan ringan. Tiada masalah besar tetapi kami akan pastikan semuanya seimbang,” kata Southgate.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini