SERDANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi tumpuan kepada keselamatan lokasi tertentu termasuk rumah ibadat. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, ini susulan insiden tembakan rambang ke atas dua masjid di New Zealand yang dilapor mengorbankan 49 nyawa semalam. “Pihak polis maklum tentang perkara ini dan kita telah minta untuk mereka memberikan kawalan dan pemerhatian serius khususnya di tempat-tempat agama,” katanya selepas…










