Kapal tangki ditahan bersauh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Kapal tangki ditahan bersauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Mac – Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Port Klang, Selangor ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di kira-kira 4 kilometer timur laut Tanjung Kupang, Gelang Patah dekat sini semalam.

Kapal tangki yang membawa lima kru lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 23 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 1.30 petang.

Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid, berkata, tiada kapten atau pegawai kapal bertugas di atas kapal berkenaan semasa pemeriksaan dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan yang dijalankan oleh bot ronda Maritim Malaysia mendapati kapal tersebut bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

“Selain itu, ia juga gagal mempamerkan insurans perkapalan ketika pemeriksaan dilakukan serta pemilik gagal memastikan jumlah keanggotaan yang mencukupi di kapal sepertimana Sijil Keanggotaan Selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, kapal itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta-Akta berkaitan manakala kru kapal dijamin pemilik. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini