KUALA LUMPUR 31 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki lemas ketika bermandi-manda di kolam renang sebuah kelab golf di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, kanak-kanak terbabit, Muhammad Daniel Salehuddin, 9, ditemukan lemas di kolam renang dewasa kelab golf tersebut oleh orang ramai. “Mangsa bermalam di kelab golf tersebut bersama ahli keluarganya dari Masai,…










