GAZA CITY 30 Mac – Ribuan penduduk Gaza mula berhimpun bagi memperingati ulang tahun pertama tunjuk perasaan ‘Great March of Return’ di sepanjang sempadan Gaza-Israel, hari ini.
Di sebalik amaran untuk menjauhkan diri daripada pagar dikawal ketat tentera rejim Zionis, penduduk tidak mengendahkan amaran itu dan terus berkumpul di sempadan.
“Kami akan terus menuju ke sempadan walaupun kami meninggal dunia.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami tidak akan berundur, kami kembali ke tanah air kami,” katanya.
Berpuluh-puluh penduudk Palestin dirakam menghampiri pagar sempadan di timur Jabalia di utara Genting Gaza sebelum berundur selepas tentera rejim melepaskan gas pemedih mata. – AFP











