Kali pertama tanya soalan, Ramli bangkitkan masalah Hospital Orang Asli Gombak - Utusan Malaysia

Kali pertama tanya soalan, Ramli bangkitkan masalah Hospital Orang Asli Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor yang buat pertama kalinya bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini, membangkitkan masalah Hospital Orang Asli Gombak di Selangor.

RAMLI MOHD. NOR
RAMLI MOHD. NOR 

Ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ramli mahu tahu apakah rancangan kementerian untuk menaik taraf dan menambah baik hospital berkenaan.

“Ini memandangkan banyak rungutan daripada Orang Asli atas perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Dzulkefly menjawab, kementeriannya sedang meneliti isu tersebut termasuk dalam aspek fasiliti selain mahu melantik seorang wakil Ahli Lembaga Pelawat Hospital daripada kalangan Orang Asli.

Ramli merupakan Ahli Parlimen pertama negara daripada etnik Orang Asli selepas menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini