KUALA LUMPUR 20 Mac – Kali pertama berbahas di Dewan Rakyat, Ramli Mohd. Nor (BN-Cameron Highlands) tampil dengan cara tersendiri. Ramli yang merupakan Ahli Parlimen dalam kalangan Orang Asli mencuri tumpuan apabila berbahas sambil menggayakan ‘perhiasan’ di kepala yang biasa dilihat digayakan oleh masyarakat Orang Asli. Ramli langsung tidak kelihatan kekok ketika berbahas dan sebagaimana janjinya sebelum ini, beliau membawa isu-isu Orang Asli. Ramli dalam perbahasannya meminta Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan memperuntukkan bantuan kewangan bagi persediaan anak-anak Orang Asli yang akan mendaftar masuk ke universiti-universiti awam. Isu itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya