MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada komuniti Islam di negara itu sempena Aidiladha, selain menekankan peranan perayaan itu dalam menghubungkan umat Islam dengan warisan sejarah serta kerohanian.
“Aidiladha yang menandakan kemuncak ibadah haji di Tanah Suci, menyatukan masyarakat dan memberikan kegembiraan kepada umat Islam untuk menghayati warisan sejarah serta kerohanian paling berharga.
“Dengan mengikuti ajaran dan tradisi nenek moyang mereka, umat Islam menyambut Aidiladha dengan melakukan amalan kebaikan dan belas kasihan serta ikhlas terhadap golongan memerlukan,” kata Putin dalam kenyataan disiarkan Kremlin.
Putin turut memuji organisasi Islam kerana peranan mereka dalam masyarakat Russia, terutamanya sektor pendidikan belia, kukuhkan nilai kekeluargaan dan inisiatif skala besar dalam bidang kebudayaan dan kebajikan.










