Kabinet setuju pinda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Kabinet setuju pinda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, Kabinet bersetuju untuk membuat pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi.

Beliau berkata, persetujuan untuk meminda perlembagaan berkenaan telah dibuat semasa mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan ia adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pindaan perlembagaan ini akan dibentangkan kepada Parlimen pada persidangan yang dijadual bermula 11 Mac ini dan untuk merealisasikan pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 135 ahli Parlimen termasuk sembilan daripada Warisan dan satu daripada UPKO. Untuk mendapatkan sokongan dua pertiga, kita memerlukan 148 ahli Parlimen. Namun saya amat yakin bahawa semua ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak akan memberi sokongan sepenuhnya untuk menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai dua wilayah berasingan dengan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Forum Keadilan Restoratif – Alternatif kepada Pemenjaraan, di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini