ISLAMABAD 1 Mac – Pakistan akan membebaskan juruterbang tentera India yang ditahan sebagai ‘reaksi perdamaian’ hari ini. BBC melaporkan, perkara jtu diumumkan oleh Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di Parlimen. India menyambut baik keputusan tersebut dan akan menunggu sehingga juruterbang berkenaan dibebaskan. – AGENSI










