JAKARTA 2 Mac – Calon presiden Joko Widodo atau Jokowi merasa hairan dengan sokongan keluarga calon naib presiden nombor dua, Sandiaga Uno terhadap dirinya pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 baru-baru ini.
Bagaimanapun, Jokowi berkata, sekiranya sokongan tersebut yang menjadi keputusan mereka maka beliau mengucapkan terima kasih.
“Secara logiknya, saudara-mara Sandiaga sepatutnya menyokong beliau namun kalau kepada saya, ya terima kasih,” katanya. – AGENSI










