Jesus jadi penyelamat Brazil - Utusan Malaysia

Jesus jadi penyelamat Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE 27 Mac – Gabriel Jesus menjadi penyelamat Brazil selepas perubahan yang dilakukan Tite menyaksikan pasukan itu bergelut sebelum menang 3-1 ke atas Republik Czech.

Ketua jurulatih Brazil, Tite melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama selepa seri 1-1 dengan Panama, Sabtu lalu dengan hanya Casemiro, Lucas Paqueta, Philippe Coutinho, Richarlison dan Roberto Firmino dikekalkan.

David Pavelka membuka tirai jaringan buat pasukan tuan rumah namun Firmino berjaya menyamakan semula kedudukan sebelum Jesus yang masuk menggantikan Coutinho menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan Brazil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir, kami bermain dengan baik tetapi bukan mudah untuk beraksi dengan begitu banyak perubahan.

“Tetapi kami adalah Brazil dan kami boleh atasi masalah itu dengan cepat.

“Kami berjaya mencipta banyak peluang pada separuh masa kedua dan mencari kemenangan.

“Dalam aksi menentang Panama, mereka bertahan dengan baik. Kami boleh lakukan serangan tetapi saya biasa bermain menentang lima pertahanan di England. Panama ada enam pertahanan, jadi keadaan sangat sukar,” kata Jesus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini