BERLIN 6 Mac – Jerman akan melanjutkan sekatan penghantaran senjata ke Arab Saudi sehingga akhir bulan ini susulan kebimbangan negara ini terhadap peranan Riyadh dalam perang di Yemen dan pembunuhan wartawan, Jamal Kashoggi.
Berasa bimbang tentang penglibatan Riyadh dalam konflik Yemen, Jerman bersetuju untuk menghentikan penjualan senjata ke Riyadh pada November lalu.
“Kerajaan bersetuju melanjurkan larangan eksport sehingga akhir bulan ini dan kami melakukan setelah memantau perkembangan di Yemen.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bukan sahaja tiada permit akan dikeluarkan hingga akhir bulan ni, tetapi produk yang diberi permit juga tidak akan dihantar,” kata Menteri Luar Jerman, Heiko Maas seperti dipetik oleh Reuters.











