Jerebu: Kerajaan negeri arah sekolah henti aktiviti luar kelas - Utusan Malaysia

Jerebu: Kerajaan negeri arah sekolah henti aktiviti luar kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan semua sekolah di negeri ini untuk menghentikan aktiviti luar kelas selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras rekod tidak sihat.

Setakat pukul 5 petang tadi di bacaan IPU di Alor Gajah mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 105 manakala Bukit Rambai 115 dan Bandaraya Melaka 93. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, arahan itu dikeluarkan berdasarkan pengumuman terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung rekod bacaan jerebu yang dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi kawasan mencecah IPU melebihi rekod bacaan 101-200, pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan luar kelas.

“Sekiranya bacaan IPU terus meningkat melebihi 200, sekolah di kawasan terlibat   perlu ditutup sementara bagi memastikan kesihatan pelajar tidak terjejas, ” katanya pada Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang awam di negeri ini supaya mengambil langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan termasuk memakai topeng muka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini