Jawatankuasa khas teknikal UMNO-Pas ditubuh   - Utusan Malaysia

Jawatankuasa khas teknikal UMNO-Pas ditubuh  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas teknikal UMNO-Pas akan ditubuhkan untuk memperincikan bentuk kerjasama kedua-dua parti tersebut dalam agenda penyatuan ummah di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jawatankuasa itu bakal dipengerusikan oleh naib presiden parti masing-masing dalam menentukan gerak kerja seterusnya.

“Ia merupakan kerjasama yang lebih formal UMNO-Pas ke arah penyatuan ummah di tanah air ini.

“Apabila ummah bersatu padu maka perpaduan yang berbilang kaum, keturunan, bahasa, budaya dan agama dapat dipertingkatkan dalam kalangan penduduk tanpa meminggirkan kaum-kaum lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Perbincangan Peringkat Jawatankuasa Induk UMNO-Pas di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti membuat keputusan itu secara bersama di atas prinsip saling menghormati dasar dan polisi parti masing-masing.

“Kita mencari titik persamaan dalam penyatuan ummah di negara ini.

“Sokongan daripada akar umbi Pas juga diterima dengan baik apabila kita melihat keputusan Pilihan Raya Kecil yang berlangsung di Cameron Highlands dan Semenyih baru-baru ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN