Jasad korban gempa bumi Lombok tiba di Malaysia - Utusan Malaysia

Jasad korban gempa bumi Lombok tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 19 Mac – Jasad dua rakyat Malaysia – Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah – yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia pada Ahad lepas, tiba di tanah air hari ini.

Jasad Tai, yang merupakan Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, dan Lim dibawa melalui penerbangan Garuda GA816 dari Jakarta yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira 5.19 petang sebelum dibawa ke Kompleks Kargo KLIA pada kira-kira 6 petang.

Suasana pilu menyelubungi Kompleks Kargo KLIA dengan hadirin termasuk pihak pengurusan Sin Chew Daily dan ahli keluarga dilihat menitiskan air mata apabila sami melakukan upacara keagamaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir memberi penghormatan terakhir di kompleks kargo itu ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Kenderaan yang membawa kedua-dua jasad meninggalkan Kompleks Kargo KLIA itu pada kira-kira 6.45 petang.

Difahamkan, jasad mendiang Tai akan dibawa ke Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur sementara jenazah Lim dibawa ke Jementah, Segamat, Johor untuk disemadikan.

Loke yang ditemui pemberita merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya pegawai Wisma Putra yang membantu membawa jenazah kembali ke tanah air. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini