RAMAI berpendapat bahawa Janna Nick merupakan seorang pelakon versatil. Berilah apa sahaja watak, wanita berusia 24 tahun itu pasti mampu menjayakannya dengan sempurna. Biarpun kerap muncul di kaca televisyen dan telah menjayakan lebih 20 naskhah drama serta telefilem, namun, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner itu tetap tidak keberatan untuk pergi ke sesi uji bakat. Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi drama Syurga Nur itu, sesi uji bakat selalunya memberi…










