Jangan provokasi, kritik pengadil - Utusan Malaysia

Jangan provokasi, kritik pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERUSI Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Md. Dali Wahid memberi amaran bahawa tiada peluang kedua buat mana-mana pemain atau jurulatih yang didapati melakukan provokasi kepada pengadil perlawanan Liga Malaysia (Liga M) selepas ini.

Pihaknya akan memin­ta pemain atau jurulatih mengemukakan surat tunjuk sebab sekiranya terdapat individu yang mengkritik kredibiliti pengadil di atas padang secara terbuka meskipun ia merupakan kesalahan pertama.

Jelasnya, tindakan itu dilakukan bagi memastikan pengadil perlawanan tidak menjadi bahan sindiran utama pada laman sosial bahkan pihak tertentu tidak boleh sewenang-wenangnya me­nyalahkan pengadil jika keputusan tidak memihak kepada mereka.

“Saya telah mengadakan perbincangan bersama pihak tertentu seterusnya tindakan lebih tegas akan diambil kepada pemain atau jurulatih yang mengkritik dan mempersoalkan keputusan pengadil dan pegawai perlawanan secara terbuka.

“Kami boleh menerima pendapat membina daripada semua pihak, tetapi jangan hingga menyalahkan pengadil atau melakukan provokasi me­lampau.

“Sekiranya mereka menggunakan media sosial pastinya masalah ini tidak akan selesai dan lebih parah bakal timbul masalah lain pula.

“Kami perlu membela nasib pengadil dan pegawai perlawanan supaya tiada pihak sesuka hati melakukan provokasi atau mengkritik secara melam­pau hingga menjejaskan kredibiliti mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Md. Dali juga membe­ritahu, sekiranya terdapat mana-mana individu yang bersalah mereka boleh dihukum menerusi keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

“Apabila kita mendapati sesuatu kes tersebut benar-benar terjadi dan mendapat surat tunjuk sebab, perkara tersebut akan di bawa ke mesyua­rat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

“Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum digantung beberapa perlawanan atau membayar denda dalam bentuk wang tunai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN