Jangan potong duit peneroka - Utusan Malaysia

Jangan potong duit peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – De­ngan baki tunai di tangan hanya RM90 untuk sebulan, peneroka nak makan apa?

Soalan itu dibangkitkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) dalam sesi perbahasan Titah Diraja Sidang Dewan Rak­yat di sini hari ini setelah mendedahkan terdapat pene­roka yang ditolak pendapatan mereka walaupun jumlah­nya hanya sedikit.

Menurut Timbalan Presiden Pas itu, resit yang ditunjukkan kepada beliau menunjukkan pendapatan peneroka dipotong de­ngan alasan pendahuluan tunai yang tidak jelas tujuannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam sidang yang lalu, kita dijanjikan peneroka tidak akan dikenakan potongan hasil sekiranya pendapatan­nya kurang daripada RM1,500.

“Saya ingin bertanya kepada menteri berkenaan, apakah maksud potongan pendahuluan tunai? Peneroka tanam sendiri dan apabila ditanya kepada pihak pengurusan Felda, mereka tidak dapat menjelaskan,” katanya.

Beliau menunjukkan tiga resit peneroka yang diberikan kepada beliau yang salah satunya mencatatkan hasil seorang peneroka hanya sebanyak RM484.17 namun dipotong sehingga RM392, me­ninggalkan baki tunai di tangan peneroka pada bulan itu hanya RM92.17.

Sementara itu, Tuan Ibrahim turut memberi teguran kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya mengurangkan permainan politik dengan menyalahkan kerajaan terdahulu dan memberi tumpuan kepada pentadbiran negara.

“Mana ada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) yang dilantik untuk menyelesaikan masalah bukannya menyalahkan CEO yang lepas. Rakyat sudah naik muak dengan alasan menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Kerajaan perlu sedar ia sedang mengalami defisit kejujuran dan integriti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini