JAKARTA 24 Mac – Indonesia membuka perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) pertamanya di sini hari ini dan projek bernilai AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion) itu dijangka boleh mengurangkan kesesakan trafik di bandar raya ini.
Majlis pembukaan projek tersebut dirasmikan oleh Presiden Joko Widodo dan beberapa pegawai tempatan.
Sistem transit itu mempunyai laluan trek sepanjang 16 kilometer siap dibina selepas menjalani proses pembinaan selama hampir enam tahun. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











