Isu berbangkit dengan Singapura selesai di meja rundingan - MB - Utusan Malaysia

Isu berbangkit dengan Singapura selesai di meja rundingan – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 7 Mac – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian memberitahu, sebarang isu berbangkit membabitkan Malaysia dan Singapura akan diselesaikan di meja rundingan.

Menurut beliau, pendekatan itu diambil bagi memastikan konflik yang timbul tidak akan memberi kesan kepada hubungan baik antara kedua negara.

“Tidak dinafikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura kekal baik biarpun terdapat beberapa isu serta pertikaian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jalan penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara berdasarkan kepentingan bersama akan dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chen Kah Eng (DAP-Stulang) dan Hahasrin Hashim (BN-Panti) berkenaan hubungan politik antara Malaysia dan Singapura dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini