SEPANG – Sebanyak 213 kes penipuan atau perdayaan di bawah jenayah komersial membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM2.3 juta direkodkan di daerah Sepang dari Januari tahun lalu hingga bulan Februari lepas. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 329 tangkapan dibuat ke atas suspek yang merupakan warganegara Malaysia pelbagai jantina dan peringkat umur. “Modus operandi kes yang disiasat ini adalah melibatkan penipuan jual beli online,…










